Tuesday 31 March 2009

REEFQI 1 YEAR 2 MONTH OLD


Sekejap je masa berlalu... tak lama lagi reefQi nak dpt adik. Ptg2 biasa hubby balik keje bawak reefQi jalan2 kat playground. Kesian dia terperuk je kat rumah.










Sunday 29 March 2009

SUNWAY GATH @ ATRIUM CAFE

lamanya tak jumpa semua my best fren... bila jumpa masing2 dah berubah rupa... seronok la...
bkn senang nak gath... sempat la hi-tea kat sunway atrium.. makanan pun sedap2.
ada gakk yg tak dpt dtg.. yg dtg, Alissa, Azman, DIna Mush, Kiren Kaur, Audrey, Rita Goh & Kelvin Jude.
Atrium ni senang je nak cari.. tak pyh susah2 nak masuk hotel... gi je kat sunway shopg mall tu... dia link dgn atrium cafe... senang sgt...








Friday 27 March 2009

MATTEL WAREHOUSE SALE

aku pegi semlm dgn hubby... ni la barang2 yg ku rembat...
barang Fisher PRice dapat rembat rattle je... PLan nak membeli mainan Fisher Price.. tapi dah licin... so aku beli mainan untuk 4 tahun ke atas coz tu je yang ada... so lagi 3 tahun la aku bukak mainan ni semua. hahhaa.. ok la.. worth it.. sebab aku baru balik dari sogo tadi tengok patung super heroes tu RM59.90... kat situ aku beli RM15 ke RM20.. ok la.. pastu hubby aku beli Speed Racer (Mach 6 & Battle Rig) RM30 je.. kat sogo RM159...kira murah la...

ni la barang2 nya...

Tuesday 24 March 2009

DUTA SAND BEACH RESORT KUANTAN

Aku gi jalan2 ke kuatan 21-22 march lepas...plan kalau best we all tambah one more nite coz one nite ni entitle for free... dah orang bagi free, pegi je la kan.... ya ampunn.. tak seronok langsung haku stay kat chalet ni... tapi aku nampak anak aku je yg seronok... hehehehhe biasa la budak2, dpt swimming pool & beach dah ok.. lum pandai demand lagi... mmg aku takkan pegi lagi DUTA SAND kuantan ni dahhh...

Tempat yg sempat aku pegi tg lumpur(makan seafood), pantai pasir hitam, pantai balok, teluk cempedak... pantai balok cantik arr... ni aku tepek sket gambo2 anak aku kat kuantan...gambo aku? hehe tak yah aarr.. perut beso, muka kembang... nanti dah bersalin baru aku tepeks gambo aku byk2. heheheehhe





sotong goreng tepung
ABC

Mee Calong


Teluk Cempedak


Meroyan main pasir kat hotel beach, tak daya aku nak menghalang... main je lahh... bila tengok dia main sensorang, aku tak sabar nak tunggu next baby keluar, boleh main sama2 dengan abang dia.


sempat lagi hubby aku main layang2 dengan si reefQi....

suka mandi swimming pool.. teringat masa gath kat putrajaya, anak aku terbalik.. ni pun nyaris terbalik coz dia suka kuis2 air... dia tak suka lepakk je diam2 dalam pelampong tu.

Monday 9 March 2009

REEFQI BALIK KG DENGAN AIR ASIA


seronok gakk sesekali balik kg naik flight.. tapi tak boleh bawak byk barang la...since aku pun dah 33 minggu skrg ni... mmg tak larat la nak travel by car jauh2... so, ticket pun murah, we decide balik kg naik flight.
haru anak aku atas kapal terbang nihh.. semua orang tak leh rest aku rasa... asik menjerit & gelak jekk & tak diamm lak tu...


Kat perlis plak tak sah kalo tak pegi Padang besar makan pulut ayam. YUMMY !!!
Tiap kali pegi Padang Besar mesti beli mainan reefQi... sebab murahh... Truck bawah ni kat KL RM15.. kat padang besar baru RM8 & boleh main tawar2 lagi.

Sunday 8 March 2009

RAHSIA & Khasiat Buah Delima @ Ar-Rumman


Aku mengidam buah delima...Kalau buah delima yg dari Mesir orang kata, Manis! Aku pun apa lagi...tgh preggy mcmni mana bleh dengar benda yg sedap2... Hmm.. dah pregnant ni baru la terhegeh2 nak cari mana ada jual buah delima. Dulu.. bila tak nak, rasanya byk je jual kat merata kaki lima... Dah nak makan sesgt, susah lak nak jumpa.. hadoi la...

Masa preggy first baby dulu senang je dapat buah delima ni.. kat padang besar, kat jalan tar, chow kit, merata tepi jalan pun byk...sampai tak termakan...kering dlm peti ais je... tapi kali ni susah sampaikan ada sorang forumer tu bagi bantuan.. katanya kat isetan KLCC & giant ampang point ada-tapi delima dari India ler.. aku tak kisah.. dari congo or dari italy sekali pun takpe...janji delima...heheheh dapat gakk sang hubby mencari buah delima untukku 3 bijik.
Ada satu biji lagi kat rumah... mcm nak kena beli lagi je... hehehhee

aku dpt search dari blog orang & did a lill search, I found that.... BUAH DELIMA ni....
  • orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah
  • orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit! hihi tapi anak sulong aku takde pun lesung pipit...tak perasan lak aku... balik umah nak check...
  • orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya... hmm.. mata reefQi cantik ke? ok la.. sempurna...& selalu bercahaya & berair sampai meleleh kalau terlalu terdedah pada cahaya...
  • Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
  • Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
  • Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sket arr.
  • Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...
  • Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.
  • diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
  • A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
  • Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  • Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  • Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  • Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  • Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  • Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  • Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  • Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.

  • Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
    Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
  • Boleh mengurangkan berat badan.
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
  • Mencegah dr nyanyuk.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
  • even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Well, to all preggy mommies out there, jom la kita makan buah delima !!!

Kekadang pada pendapat aku, anak yg bijak tu kurniaan (gifted) dari Allah kita hanya perlu berdoa.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.hmm..ade yang mcm mengarut, tapi banyak gak khasiat dia. Anyway dalam Qur'an pun ade tulis pasal buah delima ni, so aku yakinlah..buah delima ni banyak khasiat dia yang bagus2.


Buah DelimaBuah Delima (rumman ) dalam Al Quran disebutkan di beberapa tempat, iaitu dalam Surat Al An’am 99 dan 141, serta Ar Rahman 68.
Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda bahwa Buah Delima termasuk buah syurga. “ Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “ Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima’ “ Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.

Bahagian2 Buah Delima, terutama kulit luarnya mengandung asam tanat ( Tannic Acid) iaitu zat pembasmi dan pembersih bakteria. Sedangkan jika diperah (dibuat jus) selain mengandung Tannic Acid juga zat gula mentol dan unsur besi dalam jumlah yang cukup tinggi.

Kisah buah Delima ditangan Sayidina Ali

Suatu ketika Fatimah az-Zahra putri Rasulullah SAW jatuh sakit dan beliau meminta kepada suaminya Sayidina Ali agar dibelikan buah delima di pasar. Atas rasa cintanya kepada beliau Sayidina Ali segera pergi kepasar untuk membeli buah delima untuk istrinya.Setelah mendapatkan buah tersebut dia segera kembali ke rumah,di jalan dia bertemu dengan seorang pengemis dan meminta buah tersebut,dikarenakan isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebu di bagi dua.Yang kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk istrinya.Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali kerumah,lagi-lagi ada seorang pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Sayidina Ali,di karenakan rasa sayang yag tinggi terhadap sesama maka diberikanlah buah delima tersebut yang seharusnya dia berikan untuk istrinya. Akhirnya Sayidina Ali kembali kerumah dengan tangan hampa tanpa membawa buah yang di inginkan oleh istrinya Fatimah az-Zahra. Setiba dirumah diceritakanlah kejadian tersebut sehingga dia tidak membawa buah yang diinginkannya. Sedangkan dikamarnya Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril as,yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Ali tersebut,dan ditangannya Jibril as membawa 10 buah-buahan dari surga sebagai pengganti buah yang telah di berikan oleh Sayidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi memanggil salah seorang sahabatnya yaitu Abu Said al-Khudri ra,agar mengantar- kan buah-buahan ini kepada Sayidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra. Diperjalanan Abu Said memasukkan 1 dari 10 buah tersebut kedalam pakaiannya,entah di karenakan iri ingin merasakan buah-buahan yang segar yang tidak ada dikota Madinah waktu itu atau dia hanya ingin menguji kehebatan Sayidina Ali. Setibanya dirumah Sayidina Ali,Abu Said memberikan salam kepada sayidina Ali dari Rasulullah untuknya,sambil memberikan buah-buahan tersebut kepada Sayidina Ali. Tapi anehnya sayidina Ali menolaknya,lalu ditanya mengapa kamu tidak mau menerima pemberian dari Rasulullah? Allah telah menjelaskan dalam firmanNya setiap kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan sedangkan ini hanya ada 9,jawab Sayidina Ali. Dengan wajah malu Abu Said memberikan satu buah yang dia umpatkan dari kantongnya,sambil berkata: Aku hanya menguji dirimu. Itulah balasan atas setiap kebaikan bahwa Allah akan membalasnya dengan 10 x lipat.

Monday 2 March 2009

PERANGAI BARU


Airel Rayyan ReefQi skrg suka nangis bila nak sumthing (perangai baru nihh).
Sikit2 nangis & menjerit... berbintang2 la kepala aku kalo dia jerit kat telinga aku.
Bila papa balik keje mesti nak kat papa & nangis2 ajak papa keluar,anak manja papa... tido pun nak kat papa gakk... agaknya yg dlm perut ni pun tah2 manja dgn papa gakk...dgn mummy kadang2 je...
Related Posts with Thumbnails