Tuesday, 15 December 2009

BALIK PERLIS

Balik perlis dlm seminggu.. saje hubby nak jumpa family. Kat kg aku tgk reefQi 'lebih' seronok...
kat perlis skrg musim timur.. adoii panas giler.. org lain sbuk banjir.. sini kering kontang panas nya....
tapi mlm leh tgk bintang secara jelas.. jenuh ku nyanyi twinkle2 little star masa tgk bintang tu... nak tangkap gambar camera ku bkn nya camera mahal... so, bila tangkap tak dpt la bintang2 tu....








kat sini habisss segala binatang kena hambat dgn reefQi (kucing,ayam)..bila nampak je refQi semua lintang pukang lari... kat nursery reefQi sorang yg pendiam, tak byk cakap & agak baik la... tapi bila balik kg.. dia la jaguh kampung.. aku, izz & hubby pun di gigit nya sampai lebam-lebam... adoyaiiiiiiii.....  nak kata gatal gusi gigi dah hampir penuh tuhhh... maybe kat nursery dia selalu kena geget.... kat umah dia geget nya kitorang semua.... ha.. citer balik pasal balik perlis...biasa rutin tiap pagi & petang reefQi bg ikan mkn kat pond.




Tau tak ni pokok apa ?



Ni la pokok BERANGAN....  a.k.a chesnut yg pegi shopg mall ada org goreng bau hangus tu.....
baru berbunga kat blakang umah PIL ku... tak lama lagi berbuah ler la aku goreng dia.. heheheh

tiap kali balik kg FIL akan gunting rambut reefQi & izz...


dan yang paling best......


dia dah muka merangkak !!! hihihihihi  7 bulan stengah.


Thursday, 3 December 2009

IZZ 7 MONTHS


Izz skrg dah mahir meniarap... dlm proses nak merangkak ni....
tapi kalau perasan.... nampak tak tompok2 kat muka dia? dah gi klinik... kalau still tak ok jumpa pakar kulit la jawabnya...  mula2 tumbuh tang perut... skrg dah naik ke muka... mcm panau. cian anak mummy... tompok2 muka dia mcm comot jek...

Tuesday, 1 December 2009

DUTCH LADY DISNEY HoopLA!

Hmm... sempat gakk pegi One Utama... lepas balik keje, dinner & bawak reefQi & izz ke One utama.. thanks to my lovely hubby bawakkan aku & anak2 ke sini semata kerana ada Dutch lady disney HoopLa...  !
since reefQi pun minum dutch lady 123, ada plak disney hoopla... mmg suka sgt la dia ada kartun2 kegemaran dia kat channel 613..  dpt la bergambar dgn gambar idola dia (handy manny)... suka sgt kartun ni..dia mmg tak pernah missed tgk kartun ni termasuk little einstein, tigger & pooh, mickey mouse....
beli barang RM30 (susu/juice/survinor), dpt masuk tempat mcm bg budak2 main aktiviti + bergambar...
aku yg terlebih suka kekdah nya... ekekekekeke.. tapi apa pun aku nak reefQi happy.

BIRTHDAY PARTY ADAM & ADDIN



Meriah sungguh birthday adam addin ni... ni la pic yg dpt ku tangkap... anakku takott sama itu clown. sempat gakk la jumpa kawan2 forum.. aku pun sampai agak petang & hujan lebat time tu.

Monday, 30 November 2009

REEFQI 1 YEAR 11 MONTHS OLD


dah tak lama dahh reefQi nak masuk 2 tahun...  bercakap masih sikit2 je...  makin penat sket melayan karenah dia, ye la, makin besar makin byk akal... apa2 pun mummy sayang sgt kat u my luvly son.

Saturday, 28 November 2009

DUSUN

tgh musim buat kat perak... Dusun arwah ayah kat sahom amik durian, dusun mak ada pulasan...langsat,rambutan & maggis pun ada tapi tak kait...tinggi sgt...ye la.. pokok dah berpuluh taunn.. dusun pusaka...






Friday, 27 November 2009

Thursday, 26 November 2009

JANGAN LUPA RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu....

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba

…Allahhuakhbar...

Insya Allah
Allahu Akbar !

Tuesday, 3 November 2009

IZZ 6 MONTHS


sekejap je masa berlalu... pejam celik pejam celik dah 6 bulan... means baby izz dah boleh mamam...
dia ni selera lebih "besar" dari abangnya...  sumbat apa saje oraitt je...hehehehe  cuma yg instant mcm heinz juice ke hapa tu dia nak muntah.. bertekak melayu anak no 2 ku ini... nak yg bubur masak sendiri and biskut biasa2 ok la...suka bfeed. Aku rasa kali ni lama aku bfeed anak no 2 ni.. sebabnya dia pun nampak manja lebih pada aku.

Saturday, 31 October 2009

REEFQI 1 YEAR 10 MONTHS OLD




anak sulongku... dia cukup2 rapat ketat dgn papanya... tapi skrg nampak dia rapat gakk dgn aku.. hehehehe
Related Posts with Thumbnails