Wednesday, 30 May 2007

HONEYMOON IN KELANTAN & TERENGGANU

31/05/2007 - 03/06/2007


Gi Kelantan & Terengganu ni bukan gi Honeymoon sgt... gi jalan2 cari makan sambil attend wedding my best fren kat Hotel New Pacific Kota Bharu Kelantan...sama cantik & sepadan je pengantin ni kan...

Saturday, 26 May 2007

PREGGY MUMMY TO BE...

Pregnant ??? itu lah satu benda yg cukup aku terkejutt... rezeki... suppose period 10 may 2007.. tapi dah lewat seminggu... bila check double line... positif ! so 24 may tu gi check up kat doc kamal (damansara damai medical centre).. confirm ler aku dah preggy 7 weeks buat pertama kalinya. Due date 14/02/2008... happy/takut semua ada...thanks to god!

Sunday, 14 January 2007

HONEYMOON IN SABAH

Honeymoon di Sabah 10-01-2007 - 13-01-2007


Gi sabah ni best sgt2. Mcm nak pegi lagi. First sampai terus jumpa orang yang we all booking kereta kat Airport, pastu hubby terus drive ke Kundasang. Tidur kat Kinabalu Pine Resort satu mlm. Esoknya terus berangkat ke KK & tidur kat Le Meridian 2 mlm, depan pasar Philipine, mlm dia ada pasar mlm, dekat dengan Waterfront, so senang la nk cari makanan kalau lapar. Masa dok kat KK tu sempat pegi Pulau Gaya, Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Naik kat Jesselton Point. Best sgt2 snorkeling kat situ. Ikan cantik2. Mcm2 warna.

Kat bawah ni gambar durian, beli kat pasar tamu Tamparuli, sebelah jambatan Tamparuli, on the way nak ke Kundasang. Yang peliknya, warna isi durian ni warna merah. Rasa dia pulak manis-manis kelat. Tak sesedap durian kat semenanjung la.

Monday, 18 September 2006

Sunday, 10 September 2006

HONEYMOON IN BALI


Honeymoon kat Bali 05-09-2006 - 09-09-2006...

Dinner seafood sambil tgk sunset kat Pantai Kendoganan, Jimbaran

Tanah Lot


Seronok gi bali ni tapi byk nyer patungg, byk gakk papan tanda babi guling. hihihihhi... uwekk nak muntah aku. Merata-rata terpampang signboard babi guling...

Fav food org Bali kot babi guling ni. Org Bali beragama hindu.. byk pura kat sana.. muka mcm pak lebai kat malaysia je.. tapi rupanya semua tu penganut hindu. Orang islam ramai duduk kat Pekan Legian. KAt situ la dpt mkn nasi padang. Pekan Kuta byk penganut Hindu. Aku yang duduk kat pekan Kuta ni kena hati2 la nak makan, Btw, nak makan pun tak berapa lalu sgt.. sebab setiap makanan dia ada je nak letak bacon terpaksa la ku kuis ke tepi pinggan ..hehehe kat pantai pekan Kuta, depan hard rock cafe bali tu byk Australian suka surfing coz ombak dia kuat.

Uluwatu
Asik melawat ke Pura je kat sana...Pura tu tempat sembahyang orang hindu kat bali. Pergi Uluwatu masuk Pura.. Pura kat Uluwatu ni ala-ala tembok besar cina...byk monyet wehh.. hehehe sampai kalau kita just duduk2 dia leh nak cari kutu kot dok selak2 rambut orang.. wakakakaka, Kecak dance je tak berpeluang tengok masa aku sampai kat uluwatu tu tghari, kecak start pkl 6.30ptg time sunset...

Orang2 bali ni ukiran seni tangan dia cukup cantik. Tgk Perabot2 jati dia mmg lawa la.. hasil ukiran orang2 bali ni bkn setakat pada kayu, pada batu, besi & mcm2 lagi la... semua cantik2.Ramai gak org2 malaysia yg beli guna kargo bawak balik malaysia.

Pura Tirta Empul
Gambar kat bawah ni kat Pura Tirta Empul.. kena pakai kain bagai...mcm kita kat malaysia la, pelancong melawat masjid kena berpakaian sopan. Pura ni unik sket..ikut kepercayaan orang2 bali, pura ni tempat buang sial, buang segala kekotoran.. mandi utk penghapus dosa... aku & hubby pun sempat la basuh muka coz kata pemandu pelancong yg bawak kitorang kat situ kata utk awet muda. hehhehe kalau aku bawak baju spare harus ku terjun dlm kolam tu...

Tanah Lot
Beli survinor kat Tanah Lot, Pura lagi...cantik view kat tanah lot tu.. mula2 masuk penuh dgn gerai2 jualan survinor, bila kita dah mintak tawar kena beli, untuk penglaris katanya... Tanah Lot ni kat tepi laut, kebanyakan Pura kat tepi laut.

Kintamani Kawasan pergunungan yg agak sejuk kat Bali.


Tengok persembahan tarian Barong & Keris Dance kat Batubulan.
Sempat bergambar dgn Barong.


Jatiluwih
Tempat kawasan penanaman padi.. kat sini padi ditanam secara teres/bertingkat.. mmg cantik.. tak pernah tgk coz kat malaysia punya paddy field mcm padang bola je...

Ni tugu peringatan masa pengeboman kat Bali.
Blakang hotel aku duduk je kat Pekan Kuta tu.



Ni plak kat airport Ngurah Rai, Denpasar, Bali .. tunggu flight nk balik KL... letihh.
Related Posts with Thumbnails