Thursday, 19 August 2010

WHAT IS SO GREAT ABOUT BAKUN DAM?


Projek Bakun.
Sapa tak pernah tau kan pasal projek ni. Aku rasa masa form 3 ke form 5 ke masa oral speaking pasal current issue, pasal Project Bakun gakk la yg aku baca....hehhee
sampai ke pertengahan tahun 2002 (fresh grad), aku dapat keje kat SARAWAK HIDRO SDn Bhd, yang terletak di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, ala dekat sebelah bank negara tu... komuter stesen pun nama bank negara.... ofis ni dibentuk utk handle projek bakun..so semua GM & Engineer datang dari JKR (dipinjamkan), Sime Engineering (engineer mat salleh & cina yg dtg dari pelbagai country) & beberapa orang dari Kementerian yg dipinjamkan untuk handle project bakun .. mmg gaji kat sini besar2 la.. tambah plak yg kena pinjam tu... mmg lumayan...Sime Darby byr rasanya sebab payslip aku Sime-MCHJV mcmtu la...best jugak keje kat sini... tapi aku kontrak je. so perkhidmatan aku just 1 tahun 2 bulan kat Sarawak Hidro, bila keje ku selesai (meyusun, linkage data from 1 computer to others & mengemaskini data/doc), mmg aku clean habis la semuanya kat sini..a.k.a. document controller,...then aku berhenti. mmg org2 kat sini best2, baik2 & bz keluar masuk gi meeting/site.... aku? aku penunggu ofis bersama sorang penyambut tetamu & 3 org secretary...(ada gakk kawan lunch time).- lunch kitorang plak jauh2 woo.... coz boring mkn kat bank negara & sogo je...so we all pegi kg baru, bangsar, the mall, midvalley.. mana2 lah sebabnya kitorang yg jaga ofis. bestnya masa ni...bila contact balik kawan2 semua ni dah pindah gakk keje tempat lain....yg masih kekal hanya yg dipinjamkan & engineer2 tu shj.

well citer pasal project bakun....

Empangan Bakun akan siap pada Disember tahun ini (2010) dan dijangkakan mula menjana tenaganya pada July tahun hadapan 2011.

Menyingkap sedikit sejarah Empangan Bakun ianya bermula dengan kerja-kerja ukur tanah pada tahun 1960-an. Kajian kedua pula diteruskan pada tahun 1980-an dimana ia merangkumi penyediaan pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.

Perlaksanaan projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk membangunkan dahulu industri gas asli. Pada 1993 Projek ini diteruskan semula oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.(Wikipedia)

Apabila siap nanti:

• Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggiannya 205 m.

• Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

• Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

• Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).

• Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.

Walau apapun kehebatan empangan Bakun tetapi yang maha hebat ialah ianya sebesar Singapura. Itulah kemampuan Malaysia yang paling aku rasa berbangga ke tidak dengan projek ni yg menelan belanja juta-billion nih?. hmmm
Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kat dalam berita kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu? huwaaaaaaaaaaaaaaa
sesuka je nak speku speku di bulan pose... hehhhe

Tuesday, 17 August 2010

POSITIF AGAIN ?!!!

Dalam memanjang bz, aku & hubby dikejutkan dgn berita yg tak kami jangka.... kami mmg tak expecting this an unexpecting news. Terpaksa juga terima coz masa buat sendiri UPT mmg double line terang...aku menangis (mcm tak boleh terima pada mulanya, ye la makan pil pun tak teratur.. padan muka...!)...aku sendiri tak pasti bila last period, tak ingat.. bz...... dah la tgh meyusukan si kecik tu....uwaaa.
so, mcm biasa, pegi jumpa doc pakar fav. kat Damansara Damai MEdical Centre (doc kamal). So, doc kamal mmg well experienced dgn benda2 ni... both my son pun dia yg sambut...yg ke-3 ni pun sama la jugak kott...hmmm... uwaaaaa.... kena byk2 muhasabah diri. Ada hikmah kot apa yg berlaku. alhamdulillah.
preggy kali ni lain sgt... tak senang mcm ygg 1st & 2nd (aku takde alahan & sgt aktif).... yg 3rd ni asik fenin & loya, pastu nak mkn macam2.. bila dah dpt itu makanan, bkn nak pun...hah! hangin, sapa nak mkn ni? tong sampah?.
tempahan kek ku terima sehingga kandungan ku 8 bulan.. lepas tu berehat & akan ku umumkan kat blog inhousecakes nnt. Hope bersalin yg ke-3 ni mudah mcm bersalinkan ke dua-dua hero tu... senang sgt2...
tu pasal kurang rasa serik kot...Anak pun jarak rapat2. Skrg ni asik nak tiiiiido je. kat ofis pun.. sampai je ofis tido.. tak sedar bila tertido...sedar2 pkl 10am ... sedar2 pkl 3ptg....hahah.. nasib baik jiran2 partition sebelah menyebelah tak kacau...aman aku tido. dorang ingat aku takde kat tempat.. tak tahu aku rileks je nga nga lena tersandar atas kerusi. best betul keje kat sini... janji statistik keje cukup dah, nak buat apa pun takpe, takde org nak amik peduli...kat rumah pun sama asik nak baring.... hazab juga nak menyiapkan kek... ha ha...
tak tahu la kali ni boy lagi ke? girl pulak ke?  kali ni hubby kata tak kisah... boy pun ok... girl pun ok.
aku? tah...apa2 gender pun ok je la..kalau boy, leh pakai baju2 abg dia yg banyak tak pernah pakai....
kalau girl........................ mmg aku beli all new set lerrrr. huhu

Wednesday, 11 August 2010

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan buat rakan-rakan/saudara-mara & bloggers.
Macam biasa, pulun la byk2 amalan pada bulan ni... bulan penuh keberkatan.

Tuesday, 3 August 2010

Saturday, 3 July 2010

Wednesday, 30 June 2010

Thursday, 3 June 2010

Monday, 31 May 2010

REEFQI 2 YEARS + 4 MONTHS OLD

dah pandai main dah reefQi ni especially kalau abg ayeh(hariz) datang rumah... suka sgt dia.

Sunday, 30 May 2010

BALIK PERLISS

Pertengahan mei hari tu balik perliss...skrg tgh musim panas kat rumah PIL.

so budak2 ni tak berbaju la...

pastu pg Padang besar.. kalau balik perlis mesti gi padang besar...mesti mkn pulut ayam.
fav my hubby & sons...i luv it too...

lalu chuping kalau ke padang besar


ni acu tiqah (my SIL)
otw gi padang besar mesti singgah sini...tgk burung besar

potong rambut kasi botak (izz je), reefQi trim pendek.

Laman rumah my PIL





my FIL

my MIL

my BIL

ni my BIL wife, tgh berpantang. baru balik from hospital.

ni muka budak notty masa dlm car otw back to KL...kacau abg dia tido.
Related Posts with Thumbnails