Thursday 19 August 2010

WHAT IS SO GREAT ABOUT BAKUN DAM?


Projek Bakun.
Sapa tak pernah tau kan pasal projek ni. Aku rasa masa form 3 ke form 5 ke masa oral speaking pasal current issue, pasal Project Bakun gakk la yg aku baca....hehhee
sampai ke pertengahan tahun 2002 (fresh grad), aku dapat keje kat SARAWAK HIDRO SDn Bhd, yang terletak di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, ala dekat sebelah bank negara tu... komuter stesen pun nama bank negara.... ofis ni dibentuk utk handle projek bakun..so semua GM & Engineer datang dari JKR (dipinjamkan), Sime Engineering (engineer mat salleh & cina yg dtg dari pelbagai country) & beberapa orang dari Kementerian yg dipinjamkan untuk handle project bakun .. mmg gaji kat sini besar2 la.. tambah plak yg kena pinjam tu... mmg lumayan...Sime Darby byr rasanya sebab payslip aku Sime-MCHJV mcmtu la...best jugak keje kat sini... tapi aku kontrak je. so perkhidmatan aku just 1 tahun 2 bulan kat Sarawak Hidro, bila keje ku selesai (meyusun, linkage data from 1 computer to others & mengemaskini data/doc), mmg aku clean habis la semuanya kat sini..a.k.a. document controller,...then aku berhenti. mmg org2 kat sini best2, baik2 & bz keluar masuk gi meeting/site.... aku? aku penunggu ofis bersama sorang penyambut tetamu & 3 org secretary...(ada gakk kawan lunch time).- lunch kitorang plak jauh2 woo.... coz boring mkn kat bank negara & sogo je...so we all pegi kg baru, bangsar, the mall, midvalley.. mana2 lah sebabnya kitorang yg jaga ofis. bestnya masa ni...bila contact balik kawan2 semua ni dah pindah gakk keje tempat lain....yg masih kekal hanya yg dipinjamkan & engineer2 tu shj.

well citer pasal project bakun....

Empangan Bakun akan siap pada Disember tahun ini (2010) dan dijangkakan mula menjana tenaganya pada July tahun hadapan 2011.

Menyingkap sedikit sejarah Empangan Bakun ianya bermula dengan kerja-kerja ukur tanah pada tahun 1960-an. Kajian kedua pula diteruskan pada tahun 1980-an dimana ia merangkumi penyediaan pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.

Perlaksanaan projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk membangunkan dahulu industri gas asli. Pada 1993 Projek ini diteruskan semula oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.(Wikipedia)

Apabila siap nanti:

• Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggiannya 205 m.

• Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

• Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

• Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).

• Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.

Walau apapun kehebatan empangan Bakun tetapi yang maha hebat ialah ianya sebesar Singapura. Itulah kemampuan Malaysia yang paling aku rasa berbangga ke tidak dengan projek ni yg menelan belanja juta-billion nih?. hmmm
Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kat dalam berita kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu? huwaaaaaaaaaaaaaaa
sesuka je nak speku speku di bulan pose... hehhhe

2 comments:

markaz ehsan said...

Projek Empangan Bakun menunjukkan sikap sebenar Barisan Nasional yang pilih kasih antara rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi.

Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Tsukamaki said...

Hi.. Saya pernah keja di bakun… bleh rr tgok2..hehe
http://sukamaki.blogspot.com/2014/04/bakun-dam_19.html?m=1

Related Posts with Thumbnails